Wednesday, April 12, 2017

Let's Motivate Your Students. Give Them A Break!!!!

Kenapa kadang-kadang kita tengok para pelajar macam hilang fokus dan tidak bersemangat untuk belajar?

Banyak faktor penyumbang sebenarnya. 

Antaranya adalah masalah kekeluargaan, kewangan dan sosial yang maknjang tak dapat nak bantu secara direct.

Apa yang maknjang boleh bantu adalah dengan meningkatkan self-esteem & self-confidence para pelajar dan mengenal pasti hala tuju mereka. Latihan secara berpasukan sedikit sebanyak mengajar pelajar untuk mempercayai rakan sepasukan dalam mencapai matlamat.

Tak banyak beza aktiviti-aktiviti kendalian MomIsHome pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas cuma semakin fokus kepada pembentukan jati diri pelajar. 

Dan tahun ini MomIsHome bekerjasama dengan motivator tempatan yang mampu menyuntik semangat belajar dan keyakinan diri kepada para pelajar semua.

Team MomIsHome sentiasa percaya bila anak-anak dapat melepaskan stress mereka, InSyaaAllah perjalanan seterusnya akan menjadi lebih mudah dan selesa.

Let them be kids; let's give them a break!

#MomIsHome #Planning4u
#gimmeAbreak

Tuesday, March 7, 2017

Self Development, Team Building and Motivational Program for Students

Tahun 2017 - Tahun bebas stress dan tahun yang cukup mengujakan untuk pelajar kita!
Maknjang ada sedikit pembaharuan pada tahun ini...
Maknjang percaya yang anak-anak kita akan dapat serap apa yang mereka pelajari sekiranya mereka diberi peluang untuk menjadi 'kanak-kanak' dan bermain sepuas hati - melepaskan segala tekanan yang membebankan kotak fikiran mereka.
Jika kita yang dewasa ni pun terasa macam nak pecah kepala dengan urusan kerja 9-5 Isnin - Jumaat, dengan overtime lagi... Apatah lagi pelajar. 7:30am dah mula kelas, paling awal balik 2:30pm. Tak cukup dengan homework yang dibawa pulang, kita suruh mereka ke tusyen pula.
Siapa lagi stress? Mak ayah atau pelajar?
Maknjang tak mau jawab soalan itu sebab maknjang pernah jadi pelajar dan maknjang juga pernah jadi seorang ibu yang bekerja 9-5 Isnin-Jumaat.
Apa nak buat?
Give them a break! Let them have some fun bersama maknjang semasa cuti hujung minggu. Sambil beraktiviti lasak santai melepaskan stress, pasukan kami akan pastikan pelajar: 
- dapat suntikan semangat yang segar untuk belajar,
- lebih fokus kepada pembelajaran.
- lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
- dapat bina keyakinan diri untuk menghadapi sebarang cabaran.
- dapat mengatasi perasaan takut dalam diri mereka.
- dapat bekerjasama dalam satu pasukan.
- dapat belajar untuk saling percaya.
- dapat memahami erti kepimpinan melalui teladan.
- dapat melihat dengan lebih jelas halatuju mereka selepas ini

MomIsHome dah olah suatu pakej baru yang lebih menyeluruh...
SEPETANG-SEMALAM-SEPAGI DI TASIK AYER KEROH...BUILDING OUR FUTURE LEADERS!
Konsep kami:
MomIsHome - planning for you... to make mistakes
DadIsHere - to motivate... what you did wrong, why and how...
Dan apa yang lebih penting...
KidsAreHavingFun - that's for sure!

Let's build our future leaders together!
**********************************************************
Pakej 2D1N SepetangSemalamSepagi Di Tasik Ayer Keroh
RM 150 - penginapan hotel - based on availability
Peserta Minimum 40 orang pelajar
Pakej termasuk
- 6 x makan
- Penginapan hotel 1 malam
- Self Development
- Team Building
- Ceramah Motivasi (Kecemerlangan/Kepimpinan)

Sesuai untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, kepimpinan pengawas, kerjasama badan beruniform.
Kami sangat-sangat menggalakkan penyertaan guru-guru pengiring di dalam setiap aktiviti pelajar supaya suntikan yang diberikan dapat menepati sasarannya.
**********************************************************
Tempahan berbayar 50% untuk tempah penginapan dan aktiviti pelajar pada tarikh berkenaan.
Bayaran penuh perlu dilangsaikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum event berlangsung.

Terima kasih.
Azura Abdul aka Maknjang
#momishome #planning4u
#buildingOurFutureLeaders
Event/Project Manager
EZ Excellence Enterprise
019 668 6767
in collaboration with
Redtma Rsc - Ayer Keroh

Wednesday, January 18, 2017

Gimme A Break: Physical Activities Enhance Brain Function (2)

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua.

Gimme A Break!

Belajar dalam kelas 5 hari seminggu terus menerus boleh menjadikan pelajar kita bosan.

Energy level tinggi, tapi tiada ruang untuk dilepaskan semua tenaga itu.

Let's give them a break.

MomIsHome merangkakan aktiviti-aktiviti indoor/outdoor yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

We have 3 levels of activities:
- Kids simply wanna have fun.
- Do and tell.
- Teambuilding.

Tidak kira level mana pilihan anda, kaknjang sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan guru-guru pengiring dalam setiap aktiviti yang dirancang bagi mewujudkan suasana "kepimpinan melalui teladan".

Kaknjang percaya, dalam membentuk future leaders, kepimpinan melalui teladan sangat penting. Tunjukkan mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang sebenar.

Aktiviti pilihan kaknjang kali ini ialah ROPE COURSE (HIGH/LOW). Di Taman Rekreasi Tasik Ayer Keroh, buat masa ni kita cuma ada low rope course (Kidz Challenge Ropes Course - untuk pelajar sekolah rendah sahaja. Cikgu-cikgu boleh buat flying fox

Banyak faedah yang dapat pelajar perolehi melalui aktiviti ini. Antaranya:

Fiftness & strength: Bantu tingkatkan kesihatan kardio dan upper body strength. Berada di permulaan rope course sudah cukup mendebarkan kanak-kanak. Bila berada di sepanjang course, mereka perlu menggunakan kekuatan tangan dan lengan untuk menggerakkan badan mereka

Balance & flexibility: Bantu pelajar untuk kekal keseimbangan di atas tali, kekal fokus dan tingkat daya tumpu untuk menyelesaikan keseluruhan rope course. Kuatkan core - lebih flexible - injury free. Kita kurang tekankan tentang kekuatan tulang belakang, otot perut dan pinggul, kekuatan peha dan kaki. Aktiviti ini menuntut pelajar untuk menggunakan keseluruhan otot-otot yang mereka ada untuk menyelesaikan rope course.

Boost self-esteem; boost self-confident. Walaupun aktiviti ini nampak simple untuk kita yang dewasa; dari pandangan kanak-kanak ia adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Bila mereka dapat menyelesaikan keseluruhan rope course, kepuasan terserlah, rasa bangga dengan kejayaan itu.

Be a team player - team-building (bila dilakukan secara berkumpulan).

Gimme A Break! is a program designed for groups to break free from their daily routine, to get a boost either in classroom engagement, workplace productivity, sports training, friendship or family togetherness.

WhatsApp kaknjang di 0196686767 untuk perbincangan lanjut.

Azura Abdul @ kaknjang
#MomIsHome #planning4u

Tuesday, January 17, 2017

Gimme A Break: Physical Activities Enhance Brain Function (1)

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua.

Gimme A Break!

Belajar dalam kelas 5 hari seminggu terus menerus boleh menjadikan pelajar kita bosan.

Energy level tinggi, tapi tiada ruang untuk dilepaskan semua tenaga itu.

Let's give them a break.

MomIsHome merangkakan aktiviti-aktiviti indoor/outdoor yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

We have 3 levels of activities:
- Kids simply wanna have fun.
- Do and tell.
- Teambuilding.

Tidak kira level mana pilihan anda, kaknjang sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan guru-guru pengiring dalam setiap aktiviti yang dirancang bagi mewujudkan suasana "kepimpinan melalui teladan".

Kaknjang percaya, dalam membentuk future leaders, kepimpinan melalui teladan sangat penting. Tunjukkan mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang sebenar.

Antara aktiviti pilihan kaknjang ialah WALL CLIMBING (ROCK CLIMBING WALLS). Banyak faedah yang dapat pelajar perolehi melalui aktiviti ini. Antaranya:

Fizikal
Dari segi fizikal; wall climbing merupakan salah satu aktiviti terbaik untuk total body workout. Sesuai untuk semua; lelaki atau perempuan. 

Ada yang berpendapat nak panjat batu-bata kat tembok ni nak kena badan ketul-ketul baru boleh naik!

Tidak semestinya. Ada teknik untuk mengimbangi tubuh dan melonkjakkan badan untuk sampai ke aras tertinggi mengikut kemampuan masing-masing.

Wall climbing dapat membantu untuk:
- pembentukan otot yang sihat dan kuat
- kuatkan core muscles - flexibility, kurangkan kecederaan ketika bersukan
- kuatkan tangan/lengan,genggaman, biceps, bahu, leher, upper/lower back, perut, bontot, peha, betis - pendek kata hampir keseluruhan anggota luaran!
- perbaiki sistem kardio.

Wall climbing juga boleh dijadikan pelengkap dalam latihan sukan dan juga mampu untuk tingkatkan prestasi sukan dan pembelajaran.

Mental
Laluan untuk wall climbing ni macam puzzle. Perlu ada kesabaran dan perancangan, buat keputusan on the spot dan fikirkan strategi untuk langkah seterusnya. Secara tak lansung aktiviti ini membantu peserta membentuk kebolehan menyelesaikan masalah.

Aktiviti ini juga dapat membantu peserta untuk memberi tumpuan dan memberi kesungguhan untuk capai target.

Kepada yang menghadapi tekanan di tempat kerja, di rumah, dalam perhubungan, sekolah atau stress yang macam mana sekali pun, cuba lakukan aktiviti wall climbing ini. Selepas beberapa kali memanjat, otak kita akan dapat endorphine yang cukup banyak dan mampu untuk melawan stress!

Kepuasan yang diperolehi bila berjaya berada di puncak - mampu memberi kepuasan dan tingkatkan keyakinan diri.

Sosial
Wall climbing biasanya dilakukan secara berkumpulan. Bermula dengan belajar untuk percaya kepada pemegang tali keselamatan, peserta juga akan belajar untuk percaya kepada ahli kumpulan yang 'memandu arah' setiap langkah yang perlu diambil.

Selain dari itu, peserta berpeluang untuk belajar membina sikap percaya dan mengikut arahan ahli kumpulan dan membina leadership skills.

Seorang ketua di pejabat, apabila berada di climbing wall, beliau berpeluang untuk belajar mendengar dan menerima pendapat orang lain yang memandu dari bawah.

Komunikasi. Bercakap dengan jelas dan terang dan tepat adalah antara skill yang dapat dipelajari melalui aktiviti ini.

Gimme A Break! is a program designed for groups to break free from their daily routine, to get a boost either in classroom engagement, workplace productivity, sports training, friendship or family togetherness.

WhatsApp kaknjang di 0196686767 untuk perbincangan lanjut.

Azura Abdul @ kaknjang
#MomIsHome #planning4u

Monday, March 21, 2016

Sepetang-Semalam-Sepagi Di Tasek Ayer Keroh @ RM115 (penginapan satu malam)

Seperti yang maknjang cakapkan...

Tahun 2016 - Tahun bebas stress untuk pelajar kita!

Perlukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan untuk pelajar sekolah yang lepak santai tapi berkesan?

Tiada masalah. MomIsHome ada buat pakej baru...

SEPETANG-SEMALAM-SEPAGI DI TASIK AYER KEROH...
BUILDING OUR FUTURE LEADERS!

Konsep kami simple...

MomIsHome - planning for you... to make mistakes
DadIsHere - to motivate... what you did wrong, why and how...
Dan apa yang lebih penting...
KidsAreHavingFun - that's for sure!

Let's build our future leaders together!

**********************************************************
Pakej 2D1N SepetangSemalamSepagi Di Tasik Ayer Keroh
RM 115(penginapan asrama) / RM145(penginapan hotel)
Pakej termasuk
- 6 x makan
- Penginapan 1 malam
- Unggun Api
- 7 aktiviti Teambuilding (LDK & Self confidence & Teamwork)
- minima 30 pelajar; 1 guru pengiring
**********************************************************
Tempahan berbayar 50% untuk blok penginapan dan aktiviti pelajar pada tarikh berkenaan.

Bayaran penuh perlu dilangsaikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum event berlangsung.

Terima kasih.

Azura Abdul
#momishome #planning4u
EZ Excellence Enterprise
019 668 6767
in collaboration with Redtma Rsc

Thursday, January 28, 2016

Sepetang Di Tasik Ayer Keroh @ RM 75 (penginapan satu malam)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Greetings from Melaka Bandaraya Bersejarah! Tahun 2016 - Tahun bebas stress untuk pelajar kita! MomIsHome mendengar segala keloh kesah anda. Dari feedback yang kami terima, MomIsHome kini muncul dengan pakej yang lebih lepak santai. Anak-anak lebih suka kena buli dengan Maknjang di tasik berbanding berlibur di Taman Tema. Tiada masalah. MomIsHome ada buat pakej baru... SEPETANG DI TASIK AYER KEROH...BUILDING OUR FUTURE LEADERS Konsep kami... MomIsHome - planning for you... to make mistakes DadIsHere - to motivate... what you did wrong, why and how... Dan apa yang lebih penting... KidsAreHavingFun - that's for sure! Let's build our future leaders together! ********************************************************** Pakej 1D1N Sepetang Di Tasik Ayer Keroh RM 75(penginapan asrama) / RM105(penginapan hotel) Pakej termasuk - 4 x makan - Penginapan 1 malam - 3 aktiviti Teambuilding (Self confidence & Teamwork) ********************************************************** Minima 30 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Tempahan berbayar 50% untuk blok penginapan dan aktiviti pelajar pada tarikh berkenaan. Bayaran penuh perlu dilangsaikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum event berlangsung. Terima kasih. Azura Abdul ‪#‎momishome‬ ‪#‎planning4u‬ EZ Excellence Enterprise 019 668 6767

Tuesday, January 12, 2016

Pakej Penginapan Hotel 1 Malam + 1 Tiket Masuk ke Taman Tema Air Melaka Wonderland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Welcome to Melaka! Macam-macam ada di sini. Sehari suntuk memang tak cukup untuk menikmati keseronokan berada di Bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini.

Kaknjang boleh tolong carikan tempat penginapan yang berpatutan untuk anda sekeluarga atau anda dan kawan-kawan.

Pilihan kaknjang adalah penginapan di sekitar Ayer Keroh - MITC. Kurang sesak, berhampiran tol Ayer Keroh.

Namun pilihan masih di tangan anda. Berikan lokasi pilihan anda, kaknjang cuba aturkan.

Pakej Mini I:  Lokasi - Air Keroh, Melaka.

  • Penginapan Hotel 1 malam
  • Sarapan
  • Tiket masuk ke taman tema air Melaka Wonderland
RM 125 - Twin sharing
RM 115 - Triple sharing
RM 105 - Quad sharing
RM 55 - kanak-kanak 90cm - 12 tahun, berkongsi bilik dengan penjaganya.

** tambahan surcharge RM40 setiap bilik untuk tempahan pada musim perayaan. RM10 untuk quad sharing, RM15 untuk triple sharing dan RM20 untuk twin sharing.


Terima kasih.
Sila Datang Lagi.