Wednesday, January 18, 2017

Gimme A Break: Physical Activities Enhance Brain Function (2)

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua.

Gimme A Break!

Belajar dalam kelas 5 hari seminggu terus menerus boleh menjadikan pelajar kita bosan.

Energy level tinggi, tapi tiada ruang untuk dilepaskan semua tenaga itu.

Let's give them a break.

MomIsHome merangkakan aktiviti-aktiviti indoor/outdoor yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

We have 3 levels of activities:
- Kids simply wanna have fun.
- Do and tell.
- Teambuilding.

Tidak kira level mana pilihan anda, kaknjang sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan guru-guru pengiring dalam setiap aktiviti yang dirancang bagi mewujudkan suasana "kepimpinan melalui teladan".

Kaknjang percaya, dalam membentuk future leaders, kepimpinan melalui teladan sangat penting. Tunjukkan mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang sebenar.

Aktiviti pilihan kaknjang kali ini ialah ROPE COURSE (HIGH/LOW). Di Taman Rekreasi Tasik Ayer Keroh, buat masa ni kita cuma ada low rope course (Kidz Challenge Ropes Course - untuk pelajar sekolah rendah sahaja. Cikgu-cikgu boleh buat flying fox

Banyak faedah yang dapat pelajar perolehi melalui aktiviti ini. Antaranya:

Fiftness & strength: Bantu tingkatkan kesihatan kardio dan upper body strength. Berada di permulaan rope course sudah cukup mendebarkan kanak-kanak. Bila berada di sepanjang course, mereka perlu menggunakan kekuatan tangan dan lengan untuk menggerakkan badan mereka

Balance & flexibility: Bantu pelajar untuk kekal keseimbangan di atas tali, kekal fokus dan tingkat daya tumpu untuk menyelesaikan keseluruhan rope course. Kuatkan core - lebih flexible - injury free. Kita kurang tekankan tentang kekuatan tulang belakang, otot perut dan pinggul, kekuatan peha dan kaki. Aktiviti ini menuntut pelajar untuk menggunakan keseluruhan otot-otot yang mereka ada untuk menyelesaikan rope course.

Boost self-esteem; boost self-confident. Walaupun aktiviti ini nampak simple untuk kita yang dewasa; dari pandangan kanak-kanak ia adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Bila mereka dapat menyelesaikan keseluruhan rope course, kepuasan terserlah, rasa bangga dengan kejayaan itu.

Be a team player - team-building (bila dilakukan secara berkumpulan).

Gimme A Break! is a program designed for groups to break free from their daily routine, to get a boost either in classroom engagement, workplace productivity, sports training, friendship or family togetherness.

WhatsApp kaknjang di 0196686767 untuk perbincangan lanjut.

Azura Abdul @ kaknjang
#MomIsHome #planning4u

Tuesday, January 17, 2017

Gimme A Break: Physical Activities Enhance Brain Function (1)

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua.

Gimme A Break!

Belajar dalam kelas 5 hari seminggu terus menerus boleh menjadikan pelajar kita bosan.

Energy level tinggi, tapi tiada ruang untuk dilepaskan semua tenaga itu.

Let's give them a break.

MomIsHome merangkakan aktiviti-aktiviti indoor/outdoor yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

We have 3 levels of activities:
- Kids simply wanna have fun.
- Do and tell.
- Teambuilding.

Tidak kira level mana pilihan anda, kaknjang sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan guru-guru pengiring dalam setiap aktiviti yang dirancang bagi mewujudkan suasana "kepimpinan melalui teladan".

Kaknjang percaya, dalam membentuk future leaders, kepimpinan melalui teladan sangat penting. Tunjukkan mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang sebenar.

Antara aktiviti pilihan kaknjang ialah WALL CLIMBING (ROCK CLIMBING WALLS). Banyak faedah yang dapat pelajar perolehi melalui aktiviti ini. Antaranya:

Fizikal
Dari segi fizikal; wall climbing merupakan salah satu aktiviti terbaik untuk total body workout. Sesuai untuk semua; lelaki atau perempuan. 

Ada yang berpendapat nak panjat batu-bata kat tembok ni nak kena badan ketul-ketul baru boleh naik!

Tidak semestinya. Ada teknik untuk mengimbangi tubuh dan melonkjakkan badan untuk sampai ke aras tertinggi mengikut kemampuan masing-masing.

Wall climbing dapat membantu untuk:
- pembentukan otot yang sihat dan kuat
- kuatkan core muscles - flexibility, kurangkan kecederaan ketika bersukan
- kuatkan tangan/lengan,genggaman, biceps, bahu, leher, upper/lower back, perut, bontot, peha, betis - pendek kata hampir keseluruhan anggota luaran!
- perbaiki sistem kardio.

Wall climbing juga boleh dijadikan pelengkap dalam latihan sukan dan juga mampu untuk tingkatkan prestasi sukan dan pembelajaran.

Mental
Laluan untuk wall climbing ni macam puzzle. Perlu ada kesabaran dan perancangan, buat keputusan on the spot dan fikirkan strategi untuk langkah seterusnya. Secara tak lansung aktiviti ini membantu peserta membentuk kebolehan menyelesaikan masalah.

Aktiviti ini juga dapat membantu peserta untuk memberi tumpuan dan memberi kesungguhan untuk capai target.

Kepada yang menghadapi tekanan di tempat kerja, di rumah, dalam perhubungan, sekolah atau stress yang macam mana sekali pun, cuba lakukan aktiviti wall climbing ini. Selepas beberapa kali memanjat, otak kita akan dapat endorphine yang cukup banyak dan mampu untuk melawan stress!

Kepuasan yang diperolehi bila berjaya berada di puncak - mampu memberi kepuasan dan tingkatkan keyakinan diri.

Sosial
Wall climbing biasanya dilakukan secara berkumpulan. Bermula dengan belajar untuk percaya kepada pemegang tali keselamatan, peserta juga akan belajar untuk percaya kepada ahli kumpulan yang 'memandu arah' setiap langkah yang perlu diambil.

Selain dari itu, peserta berpeluang untuk belajar membina sikap percaya dan mengikut arahan ahli kumpulan dan membina leadership skills.

Seorang ketua di pejabat, apabila berada di climbing wall, beliau berpeluang untuk belajar mendengar dan menerima pendapat orang lain yang memandu dari bawah.

Komunikasi. Bercakap dengan jelas dan terang dan tepat adalah antara skill yang dapat dipelajari melalui aktiviti ini.

Gimme A Break! is a program designed for groups to break free from their daily routine, to get a boost either in classroom engagement, workplace productivity, sports training, friendship or family togetherness.

WhatsApp kaknjang di 0196686767 untuk perbincangan lanjut.

Azura Abdul @ kaknjang
#MomIsHome #planning4u