Wednesday, April 12, 2017

Let's Motivate Your Students. Give Them A Break!!!!

Kenapa kadang-kadang kita tengok para pelajar macam hilang fokus dan tidak bersemangat untuk belajar?

Banyak faktor penyumbang sebenarnya. 

Antaranya adalah masalah kekeluargaan, kewangan dan sosial yang maknjang tak dapat nak bantu secara direct.

Apa yang maknjang boleh bantu adalah dengan meningkatkan self-esteem & self-confidence para pelajar dan mengenal pasti hala tuju mereka. Latihan secara berpasukan sedikit sebanyak mengajar pelajar untuk mempercayai rakan sepasukan dalam mencapai matlamat.

Tak banyak beza aktiviti-aktiviti kendalian MomIsHome pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas cuma semakin fokus kepada pembentukan jati diri pelajar. 

Dan tahun ini MomIsHome bekerjasama dengan motivator tempatan yang mampu menyuntik semangat belajar dan keyakinan diri kepada para pelajar semua.

Team MomIsHome sentiasa percaya bila anak-anak dapat melepaskan stress mereka, InSyaaAllah perjalanan seterusnya akan menjadi lebih mudah dan selesa.

Let them be kids; let's give them a break!

#MomIsHome #Planning4u
#gimmeAbreak

No comments:

Post a Comment